Followers

Monday, November 8, 2010

Kita perlu memilih~~

Hidup untuk membuat pilihan….
Pilihan untuk menentukan kebahagiaan atau kesengsaraan dikehidupan abadi nanti…
Biarlah kita hidup dalam tuduhan manusia yang mengatakan kita kolot kerana menolak untuk berpacaran sebelum nikah dari hidup dalam kebahagiaan yang palsu…
Biarlah kita memendam rasa kerinduan kepada zauj dan zaujah dsebabkan keputusan untuk berkahwin dikala muda dari diamuk badai cinta kepalsuan kerana berjauhan dengan kekasih yang tiada ikatan…

Kita perlu memilih antara dua…
Nikmat dunia sementara atau kebahagiaan syurga yang tiada penghujungnye?
Kemurkaan ALLAH yang mengundang dosa atau keredhaan ALLAH yang membawa berkah?

Jika nikmat dunia yang dikau pilih, jangan ditangisi andai satu hari nanti dikau akan menyesal dan merintih penyesalan atas dosa-dosa yang dikau lakukan ketika kau berdaing dengan sidia...

Jika kemurkaan ALLAH yang kau pilih yang bisa mengundang dosa, jangan kau bertanya kenapa rumahtangga yang kau bina hancur ditengah jalan sebelum sempat menuju syurga?

Ustaz wan Sohor bani leman ada menyebut dalam forumnya di uitm baru-baru ini, kebanyakan pasangan yang sudah berkahwin mengadu tentang masalah rumahtangga mereka kepada ustaz bahawa pasangan mereka mempunyai hubungan sulit dengan perempuan lain dan menyebabkan rumahtangga mereka retak menanti belah. Bila ditanya bagaimana dengan permulaan perkahwinan mereka, mereka mengatakan bahawa mereka sudah mengenali antara satu sama lain dan bercinta sebelum perkahwinan yang sah...

Apa sudah jadi?perkahwinan yang dibina bukan untuk kekal yang sementara, tetapi hakikat perkahwinan untuk bersama hingga ke syurga...bercinta sampai syurga...

Andai ada yang sudah terlanjur kerana bercinta, bertaubatlah....ALLAH sentiasa mendengar rintihan hamba2 Nya dan tidak mensia2 kan...bertaubatlah, kembalilah kepada ILAHI...pintu taubatmu akan tertutup hingga nafasmu tiba dikerongkong...

Hati masih leka, jiwa masih bahagia walaupun iman semakin menipis dek kerana kemaksiatan dan kemungkaran yang kita lakukan...


Apa itu istidraj? Golongan manusia yang ALLAH menambahkan kekayaan dan kepandaian mereka untuk menambahkan kesesatan dan kekafiran kepada mereka.
Naudzubillah...moga2 kita bukan tergolong dalam golongan itu...


Cuba renung dan fikirkan...
Mengapa kejayaan masih lagi bukan menjadi milik kita, padahal kita dah berusaha bersungguh2 dalam menghafal dan mambuat persiapan menjelang final exam...
Mengapa dia mendapat dean list padahal dia selalu dating...study pon bersama couple, solat kadang2 tinggal...

Ingat balik perbuatan kita...bagimana tahap hubungan kita dengan ALLAH?bagaimana tahap hubungan kita dengan manusia?
Jika itu kita dah pelihara dan jagai, mungkin ada dosa semalam yang belum terampun...
Mungkin juga ALLAH nak menguji sejauh mana tahap keimanan dan keyakinan kita dengan Nya dengan ujian yang dia timpa pada kita...
Atau mungkin Rabb nak sediakan yang terbaik untuk kita pada masa akan datang...

Wahai sahabat...
berjuang dan bermujahadah untuk imtihan ini...
Jangan sekali berputus asa dengan nikmat Rabb...
Bersangka baiklah dengan Al-Aziz...
Hidup akan lebih tenang dengan sangkaan baik kita pada Nya...
Jangan malu untuk meminta walaupun kita hanya baru menyedari disaat- akhir...
Mintalah pada Ghafur walaupun hanya sekecil2 permintaan...
Pohonlah rahmah pada Jabbar jika dosa kita setinggi langit pon...
Sesungguhnya Dia tidak pernah mengecewakan hambaNya...
Cuma hambaNya yang sentiasa berputus asa dengan nikmah nya...

3 comments:

fzikuz said...

hurm.. a heavy reading i thought. =)
but, it's good since helping others to remember what they already forgot; really beautiful attitude. =)

just one thing, to be success in the next lifetime, you must first success in the present lifetime.

p/s: nafas hingga ke *kerongkong*? ase nyeww ade skit ksilpn perktaan tu. try check balik..

Atiqah said...

like2!!!!

fariha_eha89 said...

qa=tq kamu like...hieeee