Followers

Monday, December 12, 2011

masih adakah waktu untuk........~~

masih adekah masa ak utk wat aktiviti outdoor lepas ni????

adekah kerja/praktikal/kahwen bole membataskn aktiviti ak nih?????

wawawawa.....

rindunye nk wat aktiviti lg

Wednesday, August 31, 2011

BERITA GEMPAR! 31/8/2011~

mak=eh2..Aneesa Abdullah mne?
me=ntah la..tdi dy pi raya..dri pkl 11 lg..knp mak??dy xblk lg?
mak=blm lg...ni da pkl bpe ni x blik2 lg.da pukul 5 da..Amanina Abdullah,Azila Aischi,Nadia Abdullah,Noor Suhaili!!bgnn!pi carik adek ko tu.ntah pi mne2 la..braya umh org x blk2 lg..
...makmus (our maid),cuba pi tgk kat umah2 kwn dy...kot2 ade ke.... 
makmus and sarah pon pegi umah kwn nisa
 
 tiba2~
Ashiteru Yun Nam=mak!ni nisa da balik da....
ktorg= ko pi beraye mne nisa???xbalik2 dri tdi???
nisa=tdi pi beraya umah kwn2.lepas tu kene kejar anjing!! isha tanggal kasut,lps tu trus lari
 aneesa balik dri raya,terus kira duit....rm5 je pon......yg ktorg ni risau bagai nak gilak pasal dy...aissshhhh
moral=xguna ade kakak2 and abg2 yg rmai tp xbole jage adek yg sorg...to Aneesa Abdullah,esok2 jgn harap la ko bole pi beraye mcm tu lg tanpa ditemani kakak2 or abg2...huuuu
 
~sbenarnye citernye pjg...tp ni citer yg dah diringkaskan~

Thursday, August 25, 2011

oh!!aku jatuh cinta~~

assalamualaikum....
hope sumenye sihat2 selalu....amin

baru2 ni jiwaku sungguh x tenang...
sbb??

`AKU SUKA SESEORANG`

tp org tu ske org len.....penat ak pikir
ak nak berterus terang???
atau 
mau pendam??

and skrg ni,ak da pikir masak2,
yg ak nak pendam jek,xmo luah kat beliau....
sakit pon sakit la....
hope tu keputusan yg terbaek

bukan senang ak nak suka org....
tp bila da suka,mcm ni jadinye....
huhuhu3
ape bole buat...da xdak rezeki

and ak percaya

cinta itu x semestinye memiliki...

semoga Allah beri aku kekuatan hati,kekuatan jiwa,fizikal and mental la

p/s=skrg ni ak da balik umah awal seminggu dri cuti sbetulnye....ak nak mencari kekuatan utk diri ak...hope after ni,ak lg tabah+kuat...aminn~~

Friday, July 8, 2011

hApPy pIonEeR dAy to IntErsAbEriAn 02-06

salam
hope sume sihat hendak-Nya...amin

hari ni,
8/7/2011
genap la 9 TAHUN
kami kenal...waaahhhh...lame sungguh
and dalam diam x diam,da 5 thun ak meninggalkan skola...
Ya Allah...ak rindu gila ngan skola....suasana skola,cikgu2 skola,kwn2

(kenangan terindah)
DISINI PEMIMPIN DILAHIRKAN

Wednesday, June 22, 2011

MEE UDANG BANJIR!!!!

salam....
smoga sumenye sihat selalu....

haaaaaa...
ari ni cek bukan nak citer pasal diet ea...
cek nak promote mee udang banjir 
kat sg besar!!!

name kedai ni kedai kopi o

ni plan nak ke kedai

di buka dri 7 pg smpai 7 mlm ea   =D
bukak hari ISNIN-SABTU

and ni la rupa mee udang banjir tuh   =D

so ape tunggu lg!!!!
meh la terjah sg besar!!!!    =)

Wednesday, June 8, 2011

about kayak

ni adalah anatomy kayak

Hull

Dinding lantai, geladak bahagian bawah kayak.Ia mempunyai bentuk yang berbeza-beza bergantung kepada jenis dan kegunaan sesebuah kayak itu.

Deck ( Geladak Atas )

Dinding bahagian atas kayak di mana terletaknya cockpit.Ia berfungsi menutup bahagian atas kayak dan melindungi bahagian kaki pendayung serta memudahkan kemahiran gulingan.Dek hadapan di panggil foredeck manakala dek belakang dipanggil aftdeck.

Toggles

Sejenis tali atau tempat pemegang yang terdapat di bahagian hujung bow dan stern.Kegunaannya ialah memudahkan anda mengangkat sesebuah kayak, berpaut apabila terbalik dan mengikatnya ketebing

Cockpit

Ruangan yang terletak ditengah-tengah kayak dan di antara foredeck dan aftdeck. Ia meruapakan kawasan di mana pendayung duduk di dalamnya.Bahagian hadapan dan belakang kayak boleh ditentukan dengan melihat kepada bahagian cockpit. Bahagian hadapannya berbentuk lebih kecil berbanding bahgian belakang.

Tempat Duduk ( Seat )

Tempat duduk pendayung yang terletak di dalam cockpit. Ia terbahagi kepada beberapa jenis iaitu tempat duduk standart ( mempunyai saiz yang tetap) , tempat duduk sederhana ( untuk kegunaan rekreasi ) , tempat duduk ketat ( untuk kegunaan aktiviti rodeo dan arus deras ) dan tempat duduk boleh laras.

Coaming

Bahagian tepi yang kecik dan nipis mengelilingi cockpit. Berfungsi untuk menghalang air dari memasuki cockpit dan tempat untuk mengikat spray cover.

Knee Brace

Terdapat di bahagian bawah coaming di bahagian foredeck.Fungsi utamanya ialah untuk menyokong lutut pepedayung dan memberikan cengkaman kaki pedayung lebih kuat terhadap kayaknya. Ia hanya terdapat pada kayak arus deras dan slalom sahaja.

Towline/Deckline

Tali yang diikat dari hujung bow kesisi kiri dan kanan coaming hingga ke bahagian stern. Ia berfungsi sebagai tali untuk menyelamat, menunda, mengikat alatan dan mengikat kayak. Tidak semua kayak memiliki towline.

Keel

Terletak di bahagian bawah geladak bawah kayak Fungsi utamanya ialah untuk membelah arus dan bertindak sebagai kemudi. Ia membolehkan sesebuah kayak itu bergerak lurus dengan cepat. Tidak semua kayak mempunyai keel.

Buoyancy ( Bahan Apungan )

Bahan apungan yang terdapat di dalam kayak. Ia terletak di bawah deck di bahagian bow dan stern. Fungsi utamanya ialah untuk mengapungkan kayak apabila terbalik dan di masuki air. Selain itu, ia juga mengukuhkan dan menyokong bahagian geladak atas dan bawah. Secara amnya, terdapat tiga jenis buoyancy iaitu Beg Udara, Foam dan Polisterin.

Footrest

Terletak di bahagian foredeck dan merupakan tempat meletak kaki pedayung. Ia berfungsi memberikan daya cengkaman dan sokongan tenaga yang lebih yang di hasilkan melalui kombinasi pergerakan tangan , bahu, lowerback dan kaki terhadap footrest.

Hatches

Lubang berpenutup yang terdapat di tengah bahagian foredeck dan aftdeck.Fungsinya ialah untuk menyimpan peralatan diri dan perkhemahan. Saiz hatches ini bergantung kepada saiz dan bentuk kayak itu sendiri. Ia hanya terdapat pada kayak laut.

ni adalah anatomy paddle

kursus Kayak Bintang 1 @desaru,Kota Tinggi Johor

salam.....
huhu3...
agak lame la gak x update...
coz xde mende yg best nak citer....

sbenarnye,kursus ni sir da lame da offer...
and ak xnak pi sbb kunun2nye nak dok umah la cuti ni...
tp dalam ati,ak teringin gila la nak pi kursus ni...
coz ble lg kan...thun depan ak da abes blaja...

tiba2 mse 3/6 tu,kak fit tnye ak nak pi ke x kursus kayak.....
ak pon terus tnye parent ak....
mula2 dorg x bg...
ble ak ckp yg thun depan ak da xdak da kat bmi,mak ak pon bg...
tp tym tu abah ak xbg lg coz skrg ujan...
huhu3...
tp akhir skali,bg gak pegi

kursus ni kat 
Kompleks rakan Muda Sukan Air dan Udara,
Desaru,Kota Tinggi,Johor

\

cara2 nak kayak....huhu3

mse ari terakhir tu,ade ujian theory ngan practical....
takot wei...
ni xtau la lulus ke x coz org tu x pos sijil lg
yg ade skrg ni sijil penyertaan je...harap2 la berjaya..amin....

meh layannnzzz gambar

water confident

lg2 water confident..

Tuesday, May 31, 2011

melawat!! (PLKN)

salam

hari ahad yg lepas ak ngan family ak sempat la pi melawat adek ak kat kem plkn segari...
kat perak (dekat2 ngan lumut)

panas gila kot kat kem tu...
yo la...
tepi laut...
adohai...
maken golap la adek ak tu..
wakakakkak

meh layaannnnzzzz gambar~~

Monday, May 30, 2011

bErtUkaR wAjaH

header baru....heeee

salam

haaaa...ni 'santapan' terbaru utk bulan ni kot...
.llaaayaaannnnnzzzzz

kELirU~~

salam

aku xtau nak post ape

ppppffftttt

Monday, May 9, 2011

aKu dAn mSe dEpaN~~

salam~~

alhamdulillah selawat dan salam keatas baginda S.A.W 
ak bersyukur ari ni ak dapat menghirup udara yg segar...alhamdulillah...ak bersyukur kepada-Mu ya Allah

now byk benda yg ak nak wat utk mse depan ak..
yg masih berlegar2 dalam fikiran ak....ak mencari mse yg sesuai utk buat bnda tersebut sebaik mungkin...walaupon ak tau mse semakin suntuk and kdg2 ak pikir,seolah2 ak x mampu melakukan perkara tersebut...

Insyaallah
ak abes blaja kat bmi ni ujung thun ni..
TAPI
bukan bermakne ak da abes,ak still lg ad 1 sem utk praktikal.
and dalam mse 6 bulan ni jugak ati ak bergolak utk utk amek kursus2 yg insyaallah ak pikir,boleh menjamin mse depan ak.

kursus2 yg ak nak amek,

1. kursus utk jadi safety & health officer
2.kursus paramedik
3.kursus2 yg berkaitan dengan outdoor

dalam mse 6bulan????sempatkah ak mau amek sume ni????bukan tamak,tp ak perlu wat sesuatu utk dri ak,utk bantu keluarga ak....

msti org pelikkan...apsal la nak amek kursus byk2....xcukup ke kos engineering yg ak amek....bg ak,amek engineering je x cukup...ak tau ak x pndai...ak kene bersaing dengan kwn2 yg pndai2...so insyaallah dengan adenye sijil2 dri kursus2 tu,ak harap ak ad "sikit" keistimewaan banding yg laen.

~post akan dtg,ak akan citer plak knp ak aktif ngan outdoor...sde kisah disebaliknye...tungguuuuuu ~

Friday, May 6, 2011

tEnTaNg aKu~~~

kuatlah hati..

(lepaskan yg bukan hak...insyaallah hati akan tenang)

ak bukan yg terbaek..
(walaupon ak rse ak layak...huahuahua)...
smga kamu jumpa org yg lebih baek dri ak...
amin....

~~~~lets study~~~~

Monday, May 2, 2011

"H.U.S.M.Y.N.A Giveaway"

~~ASSALAMUALAIKUM~~

haaaa....ape khabar kwn2????
hope sume sihat hendak-Nya....

ni contest yg ke-2 utk bulan ni yg sy join.....
just nak tambah kenalan......

1. Mesti ada blog.  (yeahhhh...sudah ade maaaa)
2. Mesti menjadi follower blog ini.    (DONE!!!!)
3. Mesti buat entry tentang GA ini bertajuk 
"H.U.S.M.Y.N.A Giveaway" (DONE!!!!)
4. Mesti copy & paste banner ini di dalam entry korang   
(pastikan banner tersebut dilinkkan terus ke GA ini).   (DONE!!!!)
5. Mesti tinggalkan link entry korang di ruangan komen entry ini supaya senang nak skodeng.  (DONE!!!!)

SAPE2 NAK JOIN DIZ CNTEST,AMEK KAT LINK BAWAH NI  K!!  

Jom Join 'Contest Blog Paling WONDERFUL' by Nadia Johary

Salam...hey2 sume....hope sihat slalu hendak-Nya..amin...

alkisah~~

pagi ni terKEZUT...tiba2 dapat msj dr sorg blogger..suh join contest ni...

cikLah sehat ke eha?? hmm.. jom tgk sket cikLah ade tag kamu.. wee~

(dalam hati,tertanye,sape la gerangan ciklah ni...coz yg panggil ak eha just dak2 intersaber jek...)

huhu3....sory ciklah....

ok2......abes citer pasal kezut-kezutan nih......la ni meh ler citer plak pasal contest nih   =)

Syarat-syarat penyertaan:
  1. Jadi follower DHIA'S BLOG.    (DONE!!!)  
  2. Blogger perempuan atau lelaki pon boleh join.
  3. Blog yang dikira 'WONDERFUL' tak kesah lah cantik ke, comel ke, smart ke, hensem ke, macho ke, pendek cerita, yang berjaya menambat hati aku gitu,..cewahh,..HANYA 1 BLOG TERPILIH SEBAGAI PEMENANG,...
  4. Buat satu entry pasal contest & DHIA'S BLOG. Tempek banner contest sekali.   (DONE!!!)  
  5. Tag kepada 5 orang blogger and make sure mereka tahu mengenai contest ini.   (DONE!!!)  
  1. Letak banner contest di sidebar blog anda dan link-kan terus ke entry ni.    (DONE!!!)  
  2. Setelah selesai, tinggal kan link entry anda mengenai contest ni di comment entry ini. Saya akan check setiap link yang sudah ditinggalkan.     (DONE!!!)  
  3. Bermula 15 April 2011 sehingga 15 May 2011. Lama kan kan??gunakan masa yang banyak ni untuk hias blog korang supaya jadi Wonderful! okay??     (ohhh!!!mse ni sgt sekejap...huhu3)  

Sunday, May 1, 2011

SOLAT SELEPAS HAID : PERKARA YG SELALU DIPANDANG RINGAN..

Pengetahuan Islam kepada sesiapa yang bernama wanita ISLAM!!!

Kebanyakkan perempuan/wanita/ muslimah (wanita Islam) tak berapa perasan ATAU lebih malang lagi jika memang tak tahu menahu akan perkara ini... Ilmu Fekah, khususnya BAB HAID yang berkaitan dengan diri wanita itu sendiri amat kurang dikuasai atau difahami secara menyeluruh oleh kebanyakkan wanita Islam...kenapa hal ini boleh terjadi?? Amat susah untuk mencari seorang guru/ustazah/ ...yang betul-betul pakar dalam bab 'Orang-orang Perempuan ini' kecuali terpaksa@mesti dirujuk kepada lelaki/ustaz- ustaz yang bernama LELAKI jugak...(saya rasa ramai yang bersetuju dengan pandangan saya )

Contohnya yang paling simple ; bila ditanya kepada kebanyakkan wanita Islam ; "adakah wajib bagi seorang wanita Islam menqhada'kan solat mereka yang ditinggalkan ketika haid?" pastinya kita akan mendengar jawapan daripada kebanyakkan mereka mengatakan: "alaa...itu soalan mudah jee..bila 'datang period' maka solat tuu tak perlu qadha, yang perlu qadha hanya puasa jee..itulah yang kami belajar sejak mula-mula 'bergelar wanita' dulu"

Jika dibuat pantauan nescaya jawapan seperti di ataslah yang akan kita jumpa... Sebenarnya TAK SEBEGITU MUDAH bagi seorang muslimah nak meninggalkan solat mereka walaupun dirinya didatangi haid!!! sekalipun. Hal ini boleh dirujuk di dalam kitab Ihya' Ulumuddin karangan Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali yang mashur.

Kitab yang padanya ada ilmu yang berkaitan Tasauf dan padanya juga perbahasan Fekah yang luas, inilah bukti kehebatan ulama' terdahulu..

Dalam BAB TIGA :
" Fi adab Mua'sharah Wama Yujzi Fi Dawamun Nikah..." perkara YANG KETUJUH disebut dengan jelas dalam kitab tersebut : PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN HAID: Penjelasan (bayan) terhadap solat yang perlu diqadha bagi perempuan yang didatangi haid :

1. Jika perempuan dalam keadaan haid mendapati darah haid itu berhenti (dengan melihatnya) sebelum masuknya waktu Maghrib, kira-kira sempat dia solat asar sebanyak satu rakaat, maka baginya wajib qadha solat zohor dan asar.
2. Jika perempuan mendapati darah haidnya kering sebelum masuknya waktu subuh, kira-kira sempat baginya solat Isya' sebanyak satu rakaat, maka wajib baginya qadha solat maghrib dan Isya'. " Dan hal ini (qadha solat yang ditinggalkan semasa haid) adalah sekurang-kurang perkara yang wajib diketahui oleh setiap wanita Islam" (Imam Al-Ghazali)
HURAIAN MASALAH :
1. Kenapa perlu diqadha solat Asar dan Zohor?
- Kerana perempuan itu hanya menyedari keringnya haid masih dalam waktu Asar, maka baginya wajib solat asar (selepas mandi hadas)
2. Kenapa pula solat Zohor juga perlu diqadha sama?
- Kerana di dalam hukum menjama' (menghimpun solat bagi orang musafir) solat Asar boleh dijama' dan diqosarkan bersama solat Zohor.
- Kerana kecuaian wanita itu sendiri (dari melihat haidnya kering atau tidak), boleh jadi haidnya sudah kering dalam waktu Zohor lagi, langkah Ihtiyat ( menjaga hukum) maka perempuan itu juga perlu mengqhada solat Zohor.
3. Dalam perkara solat subuh pun sama : -perempuan itu hanya menyedari darah haidnya kering, sebelum masuk waktu subuh, kira-kira sempat solat Isyak satu rakaat (selepas mandi hadas) maka wajib baginya solat Isya' sebab darahnya kering masih dalam waktu Isya'.
-Solat Isya' juga boleh dijama' (bagi musafir) dengan solat Maghrib, maka baginya juga perlu diqadha solat maghrib.
-Di atas kecuainnya (tidak betul-betul melihat darahnya kering atau tidak dalam setiap waktu solat) maka boleh jadi darahnya sudah kering dalam waktu maghrib lagi (sebab proses keringnya darah itu berlaku secara perlahan-lahan, mungkin perempuan itu hanya menyedarinya dalam waktu subuh, hakikatnya proses pengeringan itu sudah lama berlaku)
-maka langkah ihtiyat (menjaga hukum) maka adalah bagi perempuan itu perlu di qadha juga solat maghribnya.

Sila rujuk : Kitab Ihya' Ulumuddin (Jilid ke 2) cetakan Darul Nahwan Nil / Darul Haram Lil Turath, Kaherah.
Diharapkan tulisan ini memberi kesedaran kepada seluruh yang bergelar Muslimah untuk lebih mendalami diri mereka dengan ilmu 'Fiqhul Nisa' ini yang berkaitan dengan diri mereka sendiri!!!

TOLONG SEBARKAN KEPADA ORANG LAIN DEMI SAHAM AKHIRAT ANDA !!!

(Sumber dari teman-teman di facebook)

~da lame da carik mende ni....
alhamdulillah akhirnye jumpa gak~    =)
SOLAT SELEPAS HAID : PERKARA YG DIPANDANG RINGAN..