Followers

Sunday, March 7, 2010

~~mAkAnAn hALaL hArAm.......

BISMILLAH......


Untuk Panduan Bersama
Subject: soal jawab JAKIM & Pengguna

Q : Adakah makanan berasaskan daging lembu dan ayam dari Restoran Western Food seperti CHILI's dan Victoria Station disahkan HALAL oleh JAKIM ?

A : rangkaian kedai makan western food seperti Chilli's dan Victoria Station tidak tersenarai sebagai pemegang sijil halal JAKIM,untuk makluman , adalah menjadi polisi JAKIM tidak akan memberi pengesahan halal kepada mana-mana restoran yang mendakwa menjual makanan halal tetapi dalam masa yang sama turut menyediakan minuman tidak halal atau menu yang tidak halal seperti menyediakan steak yang menggunakan arak sebagai bahan dala! m masakan. nn


Q : Sila beri penjelasan berkenaan dengan status kehalalan Starbucks. Sekiranya pihak Starbucks atau pihak mana-mana sekalipun masih belum menghantar permohonan sijil halal, diharapkan pihak JAKIM dapat mengambil initiatif untuk menunaikan hak mereka selaku sebuah organisasi yang berkaliber. Terima Kasih

A : starbucks tidak tersenarai sebagai pemegang sijil pengesahan halal JAKIM,oleh itu JAKIM tidak mempunyai maklumat bahan-bahan yang digunakan di restoran ini sama ada halal atau tidak. Untuk makluman, pengesahan halal JAKIM adalah dipohon secara sukarela,terpulang kepada syarikat sama ada mereka berminat untuk mendapatkan pengesahan halal JAKIM atau tidak. Inisiatif untuk mendapatkan logo halal JAKIM perlu dilakukan oleh pihak syarikat sendiri bu! kannya JAKIM, sekiranya mereka sensitif dan peka dengan keperluan pengguna Muslim dan ingin menarik lebih ramai pelanggan maka merekalah yang perlu mengambil tindakan. nn


Q : Assalamualaikum, Saya diberitahu bahwa syarikat colgate telah gagal mendapatkan logo halal. Ini disebabkan pihak colgate telah menggunakan kalsium yang diambil dari tulang babi. Sebenarnya saya telah menggunakan colgate dari kecil lagi. Saya inginkan kepastian supaya jika ia tidak halal dan mengandugi tulang babi, saya akan hentikan serta merta penggunaannya. Terima kasih.

A : Untuk makluman produk colgate adalah halal dan selamat digunakan oleh pengguna muslim, sungguhpun produk ini dibuat di Thailand, terdapat badan islam di Thailand yang telah dilantik ol! eh JAKIM yang mengawasi prosesan produk ini sentiasa halal dan selamat digunakan oleh orang islam. Dakwaan mengatakan produk ini tidak halal adalah tidak benar. nn


Q : Assalammualaikum. Saya mempunyai kemuskilan mengenai beberapa makanan segera di malaysia dimana kebanyakkannya disediakan dalam keaadaan tidak begitu sempurna tetapi memiliki sijil halal dari JAKIM. Saya sering mendapat email mengenai makanan segera seperti KFC dimana didalam email tersebut menerangkan:-
1. Ayam disembelih dalam keaadan digantung
2. Disembelih dalam keaadaan tidak mati sepenuhnya lalu dicelup kedalam air panas.
3. Disembelih oleh orang perempuan
4. Mati dalam perjalannan kekilang penyembelihan dalam keaadaan seperti bangkai tetapi tetap digantung dan disembelih. Jadi KESIMPULANNYA ... SAH KE SIJIL JAKIM YANG DILULUSKAN UTK K! FC dan boleh ke dimakan?

A : KFC telah mendapat sijil pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan dan sentiasa diawasi bahawa penyembelihan ayam untuk KFC adalah sah dan menepati syarat yang ditetapkan oleh hukum syarak. Sekiranya orang ramai masih meragui sijil halal yang dikeluarkan oleh JAKIM sebuah agensi kerajaan yang dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan pengesahan halal di Malaysia, maka rujukan halal manakah lagi yang boleh dipegang oleh orang ramai? Orang ramai sepatutnya lebih bijak menilai maklumat yang diterima adakah benar atau hanya khabar angin yang disebarkan tanpa rujukan yang benar yang sengaja disebarkan untuk kepentingan pihak-pihak tertentu terutamanya persaingan didalam perniagaan


Q : Assalamuala! ikum, Baru-baru ini, suami saya telah membeli satu balang gula-gula jenama Cadbury dan sekarang ini iklannya tersiar di TV -iklan mengenai sampul hari raya.Anak saya ternampak kod E471 di bahagian balang tersebut dan mengetahui yang ianya termasuk dalam sumber yang tidak halal. Beliau keliru dengan logo tanda halal dan kod E471 tersebut. Saya mohon kepastian pihak tuan berhubung perkara ini.

A : Syarikat Cadbury Malaysia telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan setiap produk yang dikeluarkan oleh kilang ini adalah halal dan menggunakan bahan yang halal. E471 yang digunakan didalam coklat cadbury ini telah dipastikan dari sumber yang halal iaitu berasaskan tumbuhan. E471 boleh dihasilkan dari 2 sumber iaitu tumbuhan atau pun haiwan. Bukan semestinya semua E471 adalah haram, perlu dikenalpasti dahulu bahan asas yang digunakan! untuk menghasilkan E471 itu terlebih dahulu. Sekiranya bahan asasnya adalah tumbuhan, E471 itu adalah halal.


Q : ASSALAMUALAIKUM... SAYA INGIN MENGETAHUI STATUS RANGKAIAN RESTORAN SECRET RECIPIE...ADAKAH SYARIKAT INI TELAH MENDAPATKAN/MEMOHON SIJIL HALAL DARI JAKIM...
SETAHU SAYA RAMAI DI ANTARA PENGGUNJUNG KE RESTORAN INI TERDIRI DARIPADA MUSLIMIN/MUSLIMAT... SELAIN KEK..TERDAPAT BANYAK LAGI HIDANGAN-HIDANGAN LAIN DISEDIAKAN. SEKIAN, TERIMA KASIH

A : wslm, Syarikat secret recipe telah mendapat sijil halal dari jakim. Sekian terima kasih


Q : Adakah Jakim mengikti! raf produk-produk yang disahkan halal oleh IFANCA, USA (maklumat organisasi seperti di bawah) kerana IFANCA mendakwa ia telah dilantik oleh Kerajaan Malaysia untuk mengiktiraf perihal halal nya produk-produk dari Amerika. Saya telah membeli produk kesihatan SUPA EPA edaran COSWAY yang disahkan halal oleh IFANCA. Pada bungkusan produk dinyatakan sumber gelatin adalah dari 'Bovine'. Saya telah cuba mencari siapakah pengendali / pihak pengurusan IFANCA untuk memastikan kelayakan mereka di dalam mengiktiraf halal nya sesuatu produk tersebut tetapi gagal. Di harap pihak Jakim dapat memberikan pandangan berhubung perkara ini. Terima kasih.

A : IFANCA adalah badan islam yang telah dilantik oleh JAKIM untuk memberi pengesahan halal bagi produk dari USA terutamanya daging dan produk berasaskan daging. Terdapat 2 lagi badan islam dari USA yang juga! telah dilantik oleh JAKIM untuk memberi pengesahan halal kepada produk dari US yang dieksport ke Malaysia iaitu : Halal Food Council South East Asia dari Salisbury dan Islamic Services America dari Iowa.


Q : Assalamualaikum,
Saya memohon kepastian daripada pihak yang arif di JAKIM mengenai E471. Adakah ada E471 yang halal? Tidak pula pernah saya jumpa E471 yang halal sumbernya.
Boleh dikatakan semua makanan keluaran London Biscuits menggunakan E471..

A: Merujuk kepada senarai pemegang sijil halal JAKIM, London Biscuit adalah tersenarai sebagai pemegang sijil halal JAKIM dan telah dipastikan oleh pegawai teknologi makanan JAKIM bahawa emulsifier (E471) yang digunakan adalah halal iaitu bahan yang berasaskan tumbuhan. Unt! uk makluman, emulsifier E471 boleh diperbuat daripada dua sumber iaitu tumbuhan dan haiwan. JAKIM menerima emulsifier (E471) yang berasaskan tumbuhan sebagai halal. Manakala emulsifier yang diperbuat dari haiwan dikategorikan sebagai haram.


Q : ASSALAMUALAIKUM... Adakah kuih bulan jenama KAM LUN TAI telah dihalalkan balik??

A : Kuih bulan jenama Kam Lun Tai telah mendapat sijil halal dari JAKIM.


Q : saya menyemak hotel yang disenaraikan mempunyai hidangan halal dalam laman JAKIM dan didapati tiada hotel di Langkawi dan Kedah dalam senarai tersbut. ! Mohon maklum balas.

A : Memang tidak terdapat senarai hotel di Kedah dan Langkawi di dalam Portal Halal JAKIM.Ini kerana hotel tersebut tidak memohon sijil halal daripada Jabatan Agama Islam Kedah.Oleh itu saudari boleh mencadangkan supaya hotel tersebut memohon sijil halal kepada Jabatan Agama Islam Kedah.


Q : ASSALAMMUALAIKUM, BARU- BARU INI SAYA MENERIMA E-MAIL YANG MENGATAKAN PRODUK KELUARAN HIGH 5 ADALAH TIDAK HALAL UNTUK DIMAKAN. OLEH YANG DEMIKIAN SAYA AMAT BERHARAP AGAR PIHAK TUAN DAPAT MENGESAHKAN PEKARA INI. SEKIRANYA PRODUK TESEBUT TIDAK HALAL DIMAKAN MENGAPA TERDAPAT LOGO HALAL, YANG BOLEH MENGELIRUKAN PENGGUNA.

A : W'salam Saudari yang dihormati, Produk keluaran high-5 telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan setakat ini merupakan pemegang sijil halal JAKIM yang komited. Harap maklum


Q : Saya ingin meminta pengesahan JAKIM tentang status produk Ayam 5 Star yang dikeluarkan oleh Perniagaan Pertiwi, yang beralamat di Senawang N.Sembilan. Ini kerana di pembungkusannya terdapat logo HALAL dan popular di kalangan orang-orang Islam kerana rasanya, dan banyak di pasaran-pasaran hypermarket.

A : w'salam Saudara yang dihormati, Sukacita dimaklumkan bahawa produk keluaran syarikat tersebut telah mendapat pengesahan halal daripada JAKI! M. Terima kasih atas pertanyaan anda.


Q : Adakah kabanyakan kerongsong pil-pil mengandungi bahan dari babi?

A : w'salam Saudari yang dihormati, Kerongsong pil (kapsul) ubat mungkin dibuat daripada gelatin iaitu sejenis bahan yang didapati daripada sumber haiwan sama ada lembu,khinzir atau ikan. Terdapat juga kapsul yang dibuat daripada tumbuhan yang dipanggil vegicap. Sila rujuk label ubat/pil untuk keterangan lanjut.


Q : Tuan, sepanjang saya tinggal di Batu Pahat, terdapat dua buah premis restoran yang mempamerkan logo halal di pintu kedai masing-masing. T! etapi, yang pastinya mereka menjual minuman keras. Satu daripadanya yang saya lihat ialah Restoran Grill yang terletak bersebelahan Maybank jalan Rahmat (Bukit Pasir). Apakah tiada seorang Muslim pun yang ambil kisah atau tiada yang perasan. Harap ada tindakan susulan dibuat demi menjaga umat Islam. Terima kasih.
Note-premis satu lagi akan saya maklumkan nanti. Ini kerana saya pernah diajak kawan makan kat situ. Masuk aje, dah berbau masam - bau arak. Walhal kat dalam tu ada beberapa keluarga muslim sedang makan. Tak pekakah mereka tu?

A : Sebagai makluman kepada semua pengguna Muslim, JAKIM tidak akan memberi pengesahan halal kepada mana-mana restoran yang turut menjual minuman arak walau pun pihak restoran mendakwa makanan yang disediakan adalah halal. JAKIM mengambil kira dari segi penggunaan perkakasan di restoran-restoran terbabit did! apati terdapat percampuran penggunaan seperti pinggan mangkuk, cawan, periuk, belanga, sinki dan sebagainya dimana tiada pengasingan antara perkakasan untuk minuman/makanan halal dan tidak halal. Dinasihatkan kepada para pengguna Muslim agar tidak terpedaya dengan dakwaan bahawa makanan yang disediakan adalah halal tetapi dari segi penggunaan perkakasan adalah bercampur aduk dengan yang digunakan untuk makanan/minuman tidak halal.


Q : Assalamualaikum Saya inginkan penjelasan dr pihak JAKIM. Saya telah mencari dlm web JAKIM tapi tdk ternampak samada produk COSWAY adalah halal. Adakah produk COSWAY semuanya halal?

A : w'salam Saudari yang dihormati,! Tidak kesemua produk Cosway mendapat pengesahan halal JAKIM kerana sesetengahnya adalah barangan yang diimport dan ada juga yang sedang membuat permohonan pensijilan halal. Sila rujuk semula kepada produk dan nama pengilang untuk membuat pengesahan status halal sesuatu produk tersebut. Sekian, dimaklumkan.




~~jUsT nAk sHare sIkIt2....mNe yG bAek,hArAp diikot & mNe yG xBaeK,hArAp dIbAiKi~~

*utk renungan bersame...... =)


http://www.activeboard.com/forum.spark?aBID=1623&p=3&topicID=15382152



[Jangan ditanya sebanyak mana pengorbanan yang telah aku buat.... Kerana aku sendiri tidak pernah mengiranya... Tapi, andai pengorbanan itu tak dihargai... Perlukah aku berkorban lagi?]

3 comments:

Anonymous said...

Laman web halal status, www.panhalal.com.

Ada link untuk halal certification body. Lebih yakin.

Facebook untuk latest world halal news http://www.facebook.com/pages/Selangor-Malaysia/Panhalal/162609007082720?v=wall

Untuk business juga boleh create new listings.

kOmEng bErsUArA said...

kebanyakan premis yang ada share dengan orang bukan Islam melebihi 51% tidak akan dapat sijil halal.

juga termasuk dengan premis yang ada lesen liquar juga tidak ada sijil halal.

ayaqkosong.blogspot.com

Luke said...

Sebab JAKIM cek setiap bahan, adakah KFC benarkan bahan rahsia tu dikongsi kepada JAKIM? Kalau KFC tidak benarkan maka bagaimana KFC boleh dapat status halal.