Followers

Thursday, September 10, 2009

~~...pEtUa mEngEnaL mAlAm LAILATULQADAR....~~







Perkataan Lailatulqadar tidak boleh dipisahkan dengan bulan Ramadan. Setiap kali tibanya bulan Ramadan pastinya semua umat Islam ternanti-nanti dan berharap akan dapat menemui malam tersebut. Ia hanya muncul sekali sahaja dalam setahun di bulan Ramadan.

Satu malam yang cukup istimewa sehingga Allah menjanjikan ganjaran pahala yang begitu tinggi, menyamai ibadah beriktikaf selama 1000 bulan atau 83 tahun bagi orang yang beramal pada malam tersebut.

Walaupun Allah tidak memberitahu secara tepat malam tersebut bila akan muncul, namun sebagai umat Islam kita seharusnya berusaha untuk merebut peluang keemasan itu setiap malam. Paling tidak di bulan Ramadan kita penuhi dengan aktiviti-aktiviti ibadah terutamanya pada waktu malam.

Tentu tidak rugi jika kita beramal pada malam itu sekali pun kita bukan orang yang terpilih menemui malam Lailatulqadar. Kerana kita tetap akan mendapat ganjaran pahala yang tidak kurang hebatnya berbanding dengan hari-hari biasa.

Sesuatu yang berharga memang sukar untuk kita perolehi. Sebenarnya, kedatangan malam Lailatulqadar bukan perkara mudah untuk kita mendapatkannya. Semuanya bergantung kepada rezeki dan keikhlasan seseorang itu ketika mereka melakukan ibadah. Hanya orang yang terpilih sahaja diberi kesempatan oleh Allah menemui malam tersebut yang sekali gus akan memperolehi ganjarannya.

Persoalannya bagaimana kita hendak mengenali malam tersebut. Apakah ada tanda-tanda atau ciri-cirinya. Menurut Hasan al-Basri, antara tanda-tanda turunnya malam Lailatulqadar ialah suasana malam alam pada malam itu tenang, damai, tenteram, tidak panas dan tidak terlalu dingin. Cahaya matahari keesokan harinya tidak terik.

Dalam Sahih Muslim disebutkan bahawa pada malam Lailatulqadar seramai 70 000 malaikat turun dari Sidratul Muntaha ke bumi. Mereka membawa rahmat Allah memasuki rumah-rumah dan memberi salam kepada orang-orang Islam kecuali rumah yang mempunyai anjing. Apabila matahari naik esoknya, malaikat-malaikat itu naik semula ke langit dengan serentak. Sayap puluhan ribu malaikat itu melindungi pancaran panas matahari, menyebabkan suasana di bumi dingin dan tenang.

Rasulullah s.a.w. sangat menggalakkan umatnya supaya berusaha mencari peluang untuk beriktikaf di malam Lailatulqadar. Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Carilah malam Lailatulqadar pada bilangan ganjil dalam tempoh sepuluh hari terakhir bulan Ramadan". (Hadith riwayat Bukhari, Muslim, At-Tarmizi dan Ibnu Majah)

Apabila kita dapati suasana alam ada tanda-tanda suasana malam Lailatulqadar, kita disunatkan sembahyang sunat malam Lailatulqadar sebanyak emapt rakaat. Niatnya: "Aku solat sunat Lailatulqadar empat rakaat kerana Allah Ta'ala". Rakaat pertama kita baca Fatihah dan surah At-Takathur. Rakaat kedua kita baca Fatihah dan surah al-Ikhlas. Rakaat ketiga dan keempat kita baca Fatihah dan apa-apa surah sahaja.


Petua ini disusun oleh Iman Al Ghazali Rahmatullah alaih.......


  • Jika 1 Ramadhan jatuh pada hari Ahad atau Rabu - malam ke 29 Lailatulqadarnya
  • Jika 1 Ramadhan jatuh pada hari Isnin - malam ke 21 Lailatulqadarnya
  • Jika 1 Ramadhan jatuh pada hari Selasa atau Jumaat - malam ke 27 Lailatulqadarnya
  • Jika 1 Ramadhan jatuh pada hari Khamis - malam ke 25 Lailatulqadarnya
  • Jika 1 Ramadhan jatuh pada hari Sabtu - malam ke 23 Lailatulqadarnya

Pernah berkata Syeikh Abu Hassan bahawa beliau tidak pernah terlepas malam Lailatulqadar setelah beliau baligh dengan mengikut kaedah ini. "He encompasses all things in knowledge." (At-Talaq : 12) {KETERANGAN DI ATAS BOLEH JUGA DIDAPATI DALAM MATLA'IL-BADRAIN, BAB AL-I'TIKAF}

Imam-imam mazhab termasuk Imam Syafi'e, masing-masing telah membuat kajian, ada yang berpendapat malam Lailatulqadar ini berlaku pada malam 27 Ramadan, 21 Ramadan, dan sebagainya. Masing-masing dengan hujahnya. Walau bagaimanapun Allah jua yang maha mengetahui tarikhnya yang sebenar.


~~sEmOgA kTe seMua aKan mEndApAt rAhmAt dAn lIMpaH kUrnIa-NyA dan mEnjAdi iNsan t"pilIh yG dApAt b'iBaDah pd mLm LAILATULQADAR......amin~~