Followers

Thursday, December 24, 2009

Ya Rabb...


Ya Allah.....tabahkanlah ati hamba-Mu yg lemah ini Ya Allah...ak xtau ak buat keputusan yg btol @ tidak.....tp ak da buat yg terbaek demi mase depan ku......kuatkan la hatiku ini Ya Allah...dalam menempuh dugaan-Mu....KAU permudahkan lah perjalanan hidupku Ya Allah..Kau berikanlah ak secebis kegembiraan supaya ak dengan lapang dada dapat meneruskan tugaskan dmuka bumi-Mu ini Ya Allah.....Ya Allah..ak insan yg kerdil...terlalu byk dosa ku Ya Allah.....xdapat kuluahkan dgn kata2 Ya Allah....melaenkan hanya mampu menangis,menangis dan terus menangis smbil berdoa dengan penuh pengharapan kepada Mu Ya Allah...

semoga kamu berbhagia dgn org yg kamu syg...ak tau ak xmampu nak bhagiakan kamu.....jgn diigt mende yg da lepas....pasti ad hikmah yg tersembunyi....

Ya Allah...berilah ak kejayaan dunia akhirat Ya Allah...hanye Kau tempat ak berserah....

http://www.youtube.com/watch?v=JodHpdNN3N4

Monday, December 14, 2009

PADAN MUKA KO!!!!!!~~

Seorang manager pergi bercuti di sebuah pulau. Sambil berehat di tepi pantai dia terserempak dgn seorang nelayan yg sudah habis bekerja dan sedang tidur diatas buai ditepi laut.




manager: Eh eh, baru pukul 10 pagi kenapa dah tidur.

nelayan: Oh... saya dah sudah habis bekerja hari ni.



manager: jangan jadi malas... kalau saya jadi kamu.. saya akan gunakan masa ni untuk membina bot yg lebih besar

nelayan: kemudian..?



manager: kemudian saya akan pergi menangkap ikan lebih jauh dan dapat ikan lebih banyak

nelayan: kemudian..?



manager: kemudian saya akan membuka kilang dan mengetin ikan2 yg lebih dan pasarkan

nelayan: kemudian...?



manager: kemudian saya akan senaraikan syarikat saya di bursa saham dan jadi kaya raya

nelayan: kemudian..?



manager: kemudian saya akan bersara dan enjoy hidup

nelayan: kemudian...?



manager: kemudian saya akan beli sebuah rumah di sebuah pulau dan berehat sepanjang hari ditepi pantai.

nelayan: (terkejut dan terpinga-pinga)
nelayan: Tapi... sebenarnya... itulah yang saya sedang buat sekarang...!!!

manager:Erk....ye ke???[eheh, malu la pulak....]



hikhikhikhik...!!!



[huhu.....moral of da story....don't judge a book by its cover la.....huhu....]

Friday, November 27, 2009

♥.....kHatImaH CiNta.....♥

Oh kidung malam nyanyikan lagu

Rindu hatiku yang terpendam

Oh bintang malam lukis wajahku

Katakan aku pergi



Genggamlah cinta yang ku berikan

Simpanlah selalu dalam hati

Ku akan selalu dalam mimpimu

Menemani tidurmu



Sudahlah sudah

Ku harus pergi

Jangan kau tangisi aku lagi

Biarku bawa seluruh cintamu

Ku dakap dalam tidur panjangku


Woooo... ooooo... ooooo...


Sudahlah sudah

Ku harus pergi

Jangan kau tangisi aku lagi

Biarku bawa seluruh cintamu

Ku dakap dalam tidur panjangku



Peluk tubuhku

Kucup bibirku

Relakan saja aku pergi





Thursday, November 19, 2009

erm.......

“Disaat waktu berhenti...kosong
Dimensi membutakan mata,memekakkan telinga
Lalu diri menjadi hampa
Saat paradigma dunia
tak lagi digunakan untuk menerka
Sadarku akan hadirmu,mematahkan sendi-sendi
yang biasanya tegak berdiri”

Thursday, September 10, 2009

~~...pEtUa mEngEnaL mAlAm LAILATULQADAR....~~







Perkataan Lailatulqadar tidak boleh dipisahkan dengan bulan Ramadan. Setiap kali tibanya bulan Ramadan pastinya semua umat Islam ternanti-nanti dan berharap akan dapat menemui malam tersebut. Ia hanya muncul sekali sahaja dalam setahun di bulan Ramadan.

Satu malam yang cukup istimewa sehingga Allah menjanjikan ganjaran pahala yang begitu tinggi, menyamai ibadah beriktikaf selama 1000 bulan atau 83 tahun bagi orang yang beramal pada malam tersebut.

Walaupun Allah tidak memberitahu secara tepat malam tersebut bila akan muncul, namun sebagai umat Islam kita seharusnya berusaha untuk merebut peluang keemasan itu setiap malam. Paling tidak di bulan Ramadan kita penuhi dengan aktiviti-aktiviti ibadah terutamanya pada waktu malam.

Tentu tidak rugi jika kita beramal pada malam itu sekali pun kita bukan orang yang terpilih menemui malam Lailatulqadar. Kerana kita tetap akan mendapat ganjaran pahala yang tidak kurang hebatnya berbanding dengan hari-hari biasa.

Sesuatu yang berharga memang sukar untuk kita perolehi. Sebenarnya, kedatangan malam Lailatulqadar bukan perkara mudah untuk kita mendapatkannya. Semuanya bergantung kepada rezeki dan keikhlasan seseorang itu ketika mereka melakukan ibadah. Hanya orang yang terpilih sahaja diberi kesempatan oleh Allah menemui malam tersebut yang sekali gus akan memperolehi ganjarannya.

Persoalannya bagaimana kita hendak mengenali malam tersebut. Apakah ada tanda-tanda atau ciri-cirinya. Menurut Hasan al-Basri, antara tanda-tanda turunnya malam Lailatulqadar ialah suasana malam alam pada malam itu tenang, damai, tenteram, tidak panas dan tidak terlalu dingin. Cahaya matahari keesokan harinya tidak terik.

Dalam Sahih Muslim disebutkan bahawa pada malam Lailatulqadar seramai 70 000 malaikat turun dari Sidratul Muntaha ke bumi. Mereka membawa rahmat Allah memasuki rumah-rumah dan memberi salam kepada orang-orang Islam kecuali rumah yang mempunyai anjing. Apabila matahari naik esoknya, malaikat-malaikat itu naik semula ke langit dengan serentak. Sayap puluhan ribu malaikat itu melindungi pancaran panas matahari, menyebabkan suasana di bumi dingin dan tenang.

Rasulullah s.a.w. sangat menggalakkan umatnya supaya berusaha mencari peluang untuk beriktikaf di malam Lailatulqadar. Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Carilah malam Lailatulqadar pada bilangan ganjil dalam tempoh sepuluh hari terakhir bulan Ramadan". (Hadith riwayat Bukhari, Muslim, At-Tarmizi dan Ibnu Majah)

Apabila kita dapati suasana alam ada tanda-tanda suasana malam Lailatulqadar, kita disunatkan sembahyang sunat malam Lailatulqadar sebanyak emapt rakaat. Niatnya: "Aku solat sunat Lailatulqadar empat rakaat kerana Allah Ta'ala". Rakaat pertama kita baca Fatihah dan surah At-Takathur. Rakaat kedua kita baca Fatihah dan surah al-Ikhlas. Rakaat ketiga dan keempat kita baca Fatihah dan apa-apa surah sahaja.


Petua ini disusun oleh Iman Al Ghazali Rahmatullah alaih.......


  • Jika 1 Ramadhan jatuh pada hari Ahad atau Rabu - malam ke 29 Lailatulqadarnya
  • Jika 1 Ramadhan jatuh pada hari Isnin - malam ke 21 Lailatulqadarnya
  • Jika 1 Ramadhan jatuh pada hari Selasa atau Jumaat - malam ke 27 Lailatulqadarnya
  • Jika 1 Ramadhan jatuh pada hari Khamis - malam ke 25 Lailatulqadarnya
  • Jika 1 Ramadhan jatuh pada hari Sabtu - malam ke 23 Lailatulqadarnya

Pernah berkata Syeikh Abu Hassan bahawa beliau tidak pernah terlepas malam Lailatulqadar setelah beliau baligh dengan mengikut kaedah ini. "He encompasses all things in knowledge." (At-Talaq : 12) {KETERANGAN DI ATAS BOLEH JUGA DIDAPATI DALAM MATLA'IL-BADRAIN, BAB AL-I'TIKAF}

Imam-imam mazhab termasuk Imam Syafi'e, masing-masing telah membuat kajian, ada yang berpendapat malam Lailatulqadar ini berlaku pada malam 27 Ramadan, 21 Ramadan, dan sebagainya. Masing-masing dengan hujahnya. Walau bagaimanapun Allah jua yang maha mengetahui tarikhnya yang sebenar.


~~sEmOgA kTe seMua aKan mEndApAt rAhmAt dAn lIMpaH kUrnIa-NyA dan mEnjAdi iNsan t"pilIh yG dApAt b'iBaDah pd mLm LAILATULQADAR......amin~~

Wednesday, August 5, 2009

~~...mInuM aIr iKut sUnnAh RASULULLAH S.A.W....~~

  • Gelas atau cawan hendaklah dipegang dengan tangan kanan.
  • Bacalah ” Bismillah” sebelum minum.
  • Minum air dengan tiga nafas.
  • Minum dalam keadaan duduk.
  • Semasa meneguk air, jangan bernafas ke dalam bekas air. Setiap kali berhenti minum, arahkan pernafasan ke tempat lain.
  • Setiap kali berhenti minum (pada setiap penafasan) bacalah Alhamdullilah.
  • Jika tidak ada tempat untuk duduk, adalah diharuskan minum sambil berdiri.
  • Minum dari baki air yang telah diminum oleh orang lain (terutamanya alim ulama) bagi mendapat berkat.
  • Ada petua menyatakan bahawa saki baki air minuman seseorang Islam yang alim lagi warak, boleh mengubati sesuatu penyakit.
  • Tidak digalakkan untuk terus minum selepas dari melakukan persetubuhan ataupun setelah selesai mengerjakan kerja-kerja berat.

~~...tIps jagE bAdaN dAlaM isLam...~~

Sebut tentang jaga badan pelbagai tips jaga badan banyak sudah di web ini saya paparkan tetapi ini lain dari yang lain. Kali ini saya memaparkan tips menjaga badan dari segi islam pula. Bagi yang beragama islam pastu tahu setiap yang boleh dan yang tidak boleh dalam islam itu ada sebabnya begitu juga dalam pemakanan inilah tips menjaga badan dari segi islam. Apakah tips menjaga badan dalam islam ya? 1) Jangan Makan Daging bersama Susu - Contohnya makan nasi daging merah dan minum milo ais 2) Jangan Makan Danging Bersama Ikan - Contohnya makan nasi bersama lauk ikan goreng dan daging masak kicap 3) Jangan Makan Ikan bersama Susu - Contohnya makan nasi lauk ikan kemudian minum teh ais 4) Jangan Makan Ayam bersama susu - Contohnya makan Kfc dengan milo ais 5) Jangan Makan Ikan bersama Telur - Contohnya makan nasi, ikan goreng dan telur dadar 6) Jangan Makan Ikan bersama Daun Salad - Contohnya makan nasi berlauk ikan dan ulam salad 7) Jangan Makan Susu bersama cuka - Contohnya Makan nasi bersama lauk yang mengandugi cuka (sambal tumis, sos dsb) dan minum teh ais 8 ) Jangan Makan Buah + Susu - Contohnya yougurt buah, aiskrim dan buah (aduh my fav) 9) Jangan Makan Buah selepas makan sebaiknya makan buah sebelum makan. 10) Jangan tidur selepas makan (selepas 1 jam) 11) Jangan tinggal makan malam kerana orang yang mengamalkan tinggal makan malam akan di makan usia dan kolestrol akan bertambah 2 kali ganda. Agak pelik bukan tapi apa kata kita cuba praktikan mana tahu ianya berkesan.. Jika tidak dalam jangkamasa pendek mungkin dalam jangka masa panjang.

~~.....keLebiHaN banGuN sUbUH.....~~

Pernahkah kita terfikir satu keajaiban dalam hidup kita… mampu bangun pada pagi hari setelah hilang kesedaran pada malamnya. Jantung kembali berdegup, pemikiran kembali normal, bercakap dan bernafas seperti biasa padahal ketika dia sedang tidur, tiada siapa yang dapat menjamin semua itu kan kembali seperti biasa.

Kita juga kerapkali rasa letih pada waktu malam, namun setelah mendapat tidur yang cukup tenaga kembali terjana.

Memikirkan hal ini, kita sepatutnya berterima kasih kepada Allah s.w.t di atas kasih sayang dan penjagaan yang diberikan. Inilah kuasa Allah s.w.t seperti firmanNya yang bermaksud :

“ Dialah yang menjadikan untukmu malam (sebagai) pakaian dan tidur untuk beristirehat, dan dia jadikan siang untuk bangun berusaha”

( Al-furqan : 47)

Maka, sebagai orang yang dinobatkan sebagai intelek oleh masyarakat dan golongan yang bertuah berada di taman ilmu ini, kita harus cuba berfikir tentang hikmat kejadian alam dengan menggunakan ilmu.

“ Sesungguhnya pada penciptaan langit dan bumi, dan silih berganti siang dan malam, terdapat tanda bagi orang yang berakal (berfikir)”

( Al-Imran : 190)

Bangun subuh ditinjau dari pelbagai sudut, antaranya :

a) Sudut kesihatan

Rasulullah memberi contoh yang baik untuk tidur lengkap dengan doa-doanya. Latihan yang diamalkan pada bulan Ramadhan iaitu kita digalakkan bangun pada waktu dinihari untuk bersahur amat sesuai dengan keadaan biologi manusia. Ini kerana pada pukul 5.00 pagi ( waktu sahur ) adalah waktu yang cukup tenang dan aman bagi seseorang memulakan fungsinya sambil menghirup udara segar kerana dari sudut sains perubatan, kita akan dapat menyedut oksigen khusus yang wujud di atmosfera bumi antara lebih kurang jam 3 pagi hingga terbit matahari yang berkesan untuk menggerakkan otot-otot dalam badan sekaligus menyegarkan badan dan melancarkan peredaran darah. Udara segar dari atmosfera bumi akan hilang selepas matahari terbit dan akan muncul semula keesokan harinya. Oleh itu, manusia yang bangun pada waktu itu sahaja dapat menikmati oksigen tersebut. Sedangkan manusia yang bangun lewat tidak akan merasa nikmat oksigen ini.



b) Sudut Sosial

Orang-orang yang sering bangun awal dan sembahyang subuh berjemaah di masjid atau surau akan menjalinkan ikatan social dan persaudaraan yang lebih kukuh, berbanding pergaulan diluar masjid. Apalagi bagi penduduk yang jarang berada pada waktu maghrib, pastinya waktu subuh masa yang terbaik untuk menjalinkan silaturrahim. Percayalah, hubungan yang terjalin pada waktu subuh akan nyaman dan lebih erat.

Waktu pagi selepas subuh juga boleh diisi dengan aktiviti yang lebih berfaedah seperti jogging bersama keluarga atau rakan-rakan sambil menikmati udara segar.Disamping baik untuk kecergasan fizikal, aktiviti seperti ini secara tidak langsung
menyemai kasih sayang sesama kita.

c) Sudut Ekonomi

Mereka yang menjual barangan atau perkhidmatan dipagi hari lebih mudah memperoleh rezeki. Contohnya, perhidmatan awam, jualan sayur-sayuran dan makanan pasti lebih menguntungkan pada waktu pagi yang permintaan terhadap barangan ini lebih tinggi.

Selain itu, kita juga dapat menjimatkan tenaga elektrik seperti lampu dan kipas apabila bangun awal pagi. Ini kerana lampu akan dipadamkan sebaik sahaja matahari menyinari alam. Berbeza dengan yang masih tidur walaupun matahari sudah naik, lampu dan kipas masih terpasang dan ini merupakan satu pembaziran.

d) Sudut emosi

Kerap kali kita dengar alasan orang yang terlepas bas ke tempat kerja atau kelas kerana bangun lewat. Hal ini mengakibatkan seluruh perancangan pada hari itu terganggu. Kalaupun tidak dimarahi majikan atau pensyarah, pasti emosi dan fikiran kita bercelaru memikirkan akibat buruk yang akan menimpa kerana kelewatan itu. Maka, jelas bangun awal dan tidak tidur semula adalah rahsia ketenangan fikiran dan perasaan dan kunci pengurusan masa berhemah.

Kebanyakan dari kita menyedari terdapat pelbagai kelebihan bangun awal pagi ini. Namun, sekarang budaya bangun pagi terutama semasa hari cuti semakin terhakis lantas mengakibatkan pelbagai masalah melanda. Justeru,bangun pagi seharusnya dijadikan budaya dalam kehidupan hari ini untuk menjamin kualiti hidup dunia dan akhirat bertepatan dengan sabda nabi Muhammad S.A.W;

“ Barang siapa yang sembahyang sunat diwaktu fajar, maka dia telah mendapat sesuatu yang lebih baik dari dunia dan isinya." -p/s= ni solat sunat dhuha kan?????

Friday, July 24, 2009

~~...eLLo.......bUfDay....~~

mlm smlm,tibe2 kak Khai msj. cenggini ayat dy........

"salam,stlh uat survey tuk besday pary sok,total
yg anda kene byr adlh rm30
.jd mlm ni,sy akn dtg
kutip duit dr anda.....Harap kerjasama dr sume....
TQ"


after da kutip2 sume,tdi,tepat kol8 mlm,bersamaan 24/07/2009 (sbenarnye,bufday sir Razak,22/07/2009 ari tuh.....tp smbut
nye lmbat....huhu), ak tunggu kat bwh ngan yana.....ak ngan yana kene naek kete ngan acap....alaaaaaaaaaa.....acap yg JPM tuh......agak lmbat r gak dorg smpai......mcm hampeh jek......huhu......pastu....ble da naek kete tuh,ad r gak hafiz JPM ngan pi'e JPM tuh..........hahahhahahahah.....pe lg...dalam kete tuh,melawak r dorg.....yg ak,sengih je r.....tym kat dalam kete tuh,bley plak dorg nak wat ice bracking.........ak hengat,pi'e tnye kat yana [pdahal,dalam ati ak da ckp da,pi'e da kenal yana........aish]....upenye dorg tnye ak....boley plak ak wat bodoh jek.....hikhikhik....sory la ea.........pastu,smpai la kat pizza hut WANGSA MAJU.....

setelah sekian lama ak "mengi
dam" nak mkn PIZZA HUT akhirnye,tercapai jugak......huhu.........

[usha je la gmbar2 kat bawah ni ea......huhu]

















yg sambut bufday,sume dok depan ea......















acap ngan hafiz........


































ak ngan yana

































" HAPPY BIRTHDAY TO YOU "
HAPPY BIRTHDAY TO YOU
HAPPY BIRTHDAY TO YOU
HAPPY BIRTHDAY TO YOU





Sunday, July 5, 2009

~~...ari ni??????~~

Ye????

nape ngan ari ni??????

nape????ad suspen x????

ari ni,kat umah ak,masak siput sedut masak lemak.....so,ni la gmbar yg sempat ak amek....dri kuali lg....hikhikhik (nasib la hphone ak xtermasuk kat dalam kuali lg......klo x,memg jdi "lauk" la jawabnye)......hehhehehehehhe

memg berasap la mulut mse mkn tu.....skang pon nga rase lagi kepanasannye yg melampau (ceh!!!!mengade je la lbey.......adik2 yg len elok jek mkn....).......+pedas lg.....perghhhhhhh
AKU TIDAK TAHAN PEDAS???????

xde la......cume panas....+ rase b'pijar je la mulut ak ni......hehe....perot ak ok jek......saje nak mengade sebentar


ni ressepi nak masak siput sedut ni.......klo brani,try r....if xjd,jgn marh ak ea....hikhikhik....


SIPUT SEDUT MASAK LEMAK

Bahan A
1 kg siput sedut [potong belakangnya..basuh dan toskan]
2 cawan santan cair and 2
santan pekat [diambik dri 1 biji kelapa]
1 helai daun kunyit [basuh and koyakkan]
lengkuas [dihiris] (kene beragak gak klo taruk tu....kang xpasal2,pahit plak kuah tu....)

serai [dtumbuk2]
Bahan Mesin
20 tangkai cili api (klo rse nak t'lbey pedas,letak r byk2......)
3 ulas bawang kecil
garam (secukup rase je....jgn lbey2 pulak......kang ad plak yg perli "ad lori garam tumpah ke?????")
serbuk kunyit

Cara:
1. Masukkan semua bahan kecuali santan pekat dalam periuk and gelegakkan perlahan-lahan.
2. bille kuah tdi da mendidih,masukkan santan pekat and biar smpai menggelegak sekali lagi.tym da menggelegak tu,kene kaco jek coz takot naek minyak....klo naek minyak,kuah da jdik xcantik la....
3. angkat,pastu, MAKAN LA....PE LAGI......(lagi mau tunggu ka)



Saturday, June 27, 2009

~~.....wAhAi hAti....beRsAbAr lAh II......~~


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini




~~....bersabarlah wahai hati.....smoga Allah mengampuni dosaku..........dan Allah beri yg terbaek untukku....amin.....~~

Friday, June 26, 2009

~~....tEkA-tEkI pEnAmbAh sErI......~~

Teka-teki: Hitam dan berpeluh.. HA.. Ape2??

Jawapan: semut hitam tengah berjogging.. huhuhu

Teka-teki: Ape benda bila masuk segitiga bila kuar bergulung-gulung

Jawapan: Seluar dalam ler.. haha…

Teka-teki: Antara kapal terbang dengan kuih lepat liat, mana satu yang paling tinggi?

Jawapan: Kuih lepat liat la… sebab kapal terbang sampai langit je, tapi kuih lepat sampai lelangit!

Teka-teki: Banyak2 kotak, kotak apa yang takleh angkat?

Jawapan: Kotak penalti lah.. wawawa!

Teka-teki: Kenapa Penggali Kubur Gali Kubur Tak Pakai Selipar???
Teka.. teka.. kalo terer!

Jawapan: Selipar mana boleh buat gali tanah, guna cangkul lar… hue hue hue!!

Teka-teki: Bulu bertemu bulu… kulit bertemu kulit… makin tambah rapat makin nikmat rasanyer!
Jawablah kalau bijak sangat!

Jawapan: Haah.. mulalah otak kuning, MATA lah jawapan nyer..!

Teka-teki: 3 kepala, 6 mata, 8 kaki. Apakah bendanya tu?

Jawapan: Koboi naik kuda bawak ayam.

Teka-teki: Masa dia hidup kita menyanyi, masa dia mati kita tepuk tangan.

Jawapan: lilin masa sambut ‘EPI BESDAY’

Teka-teki: Scorpion kaler apa?

Jawapan: Kala jengking lah.. senang pun takleh nak jawab!

Teka-teki: Dalam banyak2 kera, kera ape yang pandai menaip???

Jawapan: Kerani

Teka-teki: Ada sorang imam, tengah semahyang pastu ada sekor anjing lalu kat depan dia. Pastu dia jilat kaki dia, BATAL TAK AIR SEMAYANG IMAM TU???

Jawapan: Mana batal sebab anjing tu jilat kaki dia sendiri!

Teka-teki: 4 orang awek cun berpayung dengan satu payung tapi nape tak basah langsung??

Jawapan: Sebab tak hujan… aduhai! Dahlah malaslah nak tanya lagi… soalan bebudak pun takleh nak jawab!!

Hampeh.

Wednesday, June 24, 2009

~~...bUlaN REJAB......~~


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Puasa 1 hari - Seperti berpuasa 40 tahun dan mendapat keredhaan Allah serta syurga tertinggi.

Puasa 2 hari - mendapat kemuliaan besar daripada Allah dan dilipatgandakan pahalanya.

�Puasa 3 hari - dijauhkan dugaan dunia oleh Allah, dijadikan sebuah parit panjang yang menghalangnya ke neraka,

�Puasa 4 hari - diselamatkan daripada siksaan akhirat kelak serta fitnah Dajjal.

Puasa 5 hari - aman dari azab kubur.

Puasa 6 hari - dibangkitkan dari kubur dengan muka bercahaya.

Puasa 7 hari - Allah mengunci 7 pintu neraka jahannam baginya.

Puasa 8 hari - Allah membuka 8 pintu syurga baginya.

Puasa 9 hari - keluar dari kuburnya lalu menyeru "Laailahaillallah" dan tidak ditolak dia dari memasuki syurga.

Puasa 10 hari - Allah memperkenankan semua permintaan dan hajatnya, dijadikan hamparan perhentian di titian Siratul Mustaqim setiap satu batu dan dijadikan 2 sayap untuk terbang seperti kilat di titian Siratul Mustaqim.

Puasa 13 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 3,000 tahun.

Puasa 14 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 10,000 tahun.

Puasa 15 hari - Allah mengampunkan semua dosanya yang lalu di samping menggantikan amalan kejahatan dengan amalan kebaikan. Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 100,000 tahun.

Puasa 16 hari - dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.

Puasa 19 hari - Dibina sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim dan Nabi Allah Adam.

Puasa 20 hari - Allah mengampunkan segala dosanya yang lalu, dan melakukan amalan baik dengan baki umurnya.

Sesiapa yang berpuasa 3 hari dalam bulan Rejab dan beribadat pada malamnya seperti dia berpuasa 3,000 tahun, diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar setiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawa dari jasadnya, 70 hajat ketika di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Al-Quran dinaikkan ke langit), 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan, dan 70 hajat ketika melalui titian Siratul Mustaqim.

Berpuasa pada 27 Rejab (Hari Israk dan Mikraj) seperti berpuasa 60 bulan pahalanya, jika disertai dengan sedekah seumpama puasa 1,000 tahun.

Dapat meminum air sungai yang dinamakan Rejab yang mana airnya lebih putih dari susu, lebih manis daripada manisan, lebih dingin dari salji.

Setiap umat Islam yang berpuasa di bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumur hidupnya. Tambahan bersedekah seperti beribadat seribu kali haji dan umrah. Dibina untuknya seribu mahligai dengan seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali.

Sedekah di bulan Rejab seumpama sedekah seribu dinar, dituliskan kepada tiap-tiap helai bulu romanya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat dan dihapuskan seribu kejahatan serta dijauhkan daripada api Neraka.

~~....Ya Allah....bulan REJAB da masok........pastu SYAABAN...then RAMADAN...byk fadhilat if kte puasa dalam tiga2 bulan nih........so....selagi kte hidup ni,ambil la peluang yg ad supaya nnt,supaya kat akhirat kelak,xmenyesal......~~

~~.....wAhAi hAti....beRsAbAr lAh......~~

Kita selalu Bertanya....

dan Al-Quran sudah menjawabnya. ....

KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?

QURAN MENJAWAB

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."

-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?

QURAN MENJAWAB

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."

- Surah Al-Baqarah ayat 216

KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

QURAN MENJAWAB

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. "

- Surah Al-Baqarah ayat 286

KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?

QURAN MENJAWAB

"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."

- Surah Al-Imran ayat 139

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). "

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"

- Surah Al-Baqarah ayat 45

KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?

QURAN MENJAWAB

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ?

- Surah At-Taubah ayat 111

KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

QURAN MENJAWAB

"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal. "

- Surah At-Taubah ayat 129

KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!

QURAN MENJAWAB

"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."

- Surah Yusuf ayat 12


~~....seMoga aK tAbAh mEnGhAdApI hArI2 mEnDatAng...amin....~~

HAMPIR KE SITU

aku sadar bukan mudah
untuk mengejar mimpi indah
pernah suatu ketika dulu
ku punya harapan besar
kini aku tak pasti
dapatkan ku miliki

sudah jauh kita tempuh
kekalkanlah impian

mungkin ada hikmat
yang akan menunggu
di penghujung jalan
biar nanti kecewa
setidak-tidaknya mencoba

(korus)
jika halangan menduga
perjalanan kita
janganlah kau putus asa
karena
ku ada di sisi
setia menemani
andai semangatmu gugur
genggamlah tanganku
kita hampir ke situ

adakala ku terasa
ketabahan tak setegar
tetapi apakan daya
berhenti separuh jalan
percayalah padaku
aku yakin kita mampu

(ulang korus)

biar orang katakan
rapuhnya harapan
bukan mereka tentukan lagi
kau ada aku dan aku punya kamu
amanlah akhirnya tetap bersama

Thursday, June 18, 2009

~~~.......bUfdAy gIrL.....weeeeee~~~~~

ari nih bufday ad sorg kakak tuh.........ala....kakak yg maen volleyball gak....name dy kak yati....tp xdak gmbar la....sory2....huhuuhuhuhuhuhuh....xsempat nak amek,coz kakak tuh da nangis dlu ble ktorg baling telor kat dy.......hehe...........after da baling telur kat court,kemas2,then makan....hikhikhik...

Wednesday, June 17, 2009

~~mAu iKuT kA eNgGak????~~

PETUA IMAM SYAFIE


EMPAT PERKARA UNTUK SIHAT

Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakkan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

4 CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan
bumi.
2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat
malam.
3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak
dimakan.
4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

~~mAriLah sAme2 kte Buat deMi tIkeT kTe dIakHiraT ea...~~